R&R - Physical Intervention (Intervensi Fizikal)

Am

Intervensi Kesihatan Fizikal di dalam program ini adalah salah satu komponen yang penting dalam mencapai hasrat agar peserta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Intervensi ini jika dilaksanakan dengan baik mampu meningkatkat tahap kesihatan peserta dan berupaya membantu dalam proses penurunan berat
badan. Pelaksanaan intervensi ini terbahagi kepada pendekatan berkumpulan dan pendekatan kendiri.

Setiap peserta akan diberi pendedahan berkenaan cara regangan yang selamat sebelum memulakan aktiviti fizikal. Intervensi fizikal tertumpu kepada senaman kardio, kekuatan otot, kelunturan tubuh dan stamina

Tujuan

Memberikan pilihan aktiviti fizikal yang mampu dibuat oleh peserta untuk meningkatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan fungsi metabolik yang mampu mengurangkan tahap lemak badan.

Objektif

Objektif Intervensi Kesihatan Fizikal kepada peserta program adalah seperti berikut:

  • Memberikan pengetahuan kebaikan meningkatkan kecergasan fizikal
    setiap masa kepada tubuh manusia.
 
  • Memberikan pengetahuan dan kemahira berkenaan jenis-jenis senaman
    dan aktiviti fizikal yang baik untuk tubuh badan.
 
  • Memberikan kemahiran menentukan tahap senaman yang optimum
    perlu seseorang manusia laksanakan untuk penjagaan kesihatan diri.
 

Modul Intervensi

Terdapat 3 modul intervensi yang perlu dijalankan semasa program:

Modul Fizikal 1 – Pengenalan Kecergasan Fizikal.

Modul Fizikal 2 – Pengetahuan Senaman dan Aktiviti Fizikal.

Modul Fizikal 3 – Amalan Senaman dan Aktiviti Fizikal.

Bahan Modul

Modul Fizikal 1

Modul Fizikal 2

Modul Fizikal 3