R&R - Mind Intervention (Intervensi Minda)

Mind & Mental Health

*Please use the R&R Programme Guideline Booklet to proceed with the programme

The inclusion of mental health intervention module within this program is of paramount importance to realize the objective of motivating participants to embrace a healthy lifestyle.

Inadequate mental well-being can be a contributing factor to unhealthy behaviors, such as excessive eating, insufficient physical activity, and irregular sleep patterns.

Failure to address mental health adequately may result in an elevated risk of various health issues and the potential for weight gain.

Therefore, a comprehensive approach that incorporates mental health components is essential to foster overall well-being and mitigate the risk of associated health problems in program participants.

Am

Intervensi Kesihatan Minda di dalam program ini adalah salah satu komponen yang penting dalam mencapai hasrat agar peserta mengamalkan
gaya hidup yang sihat.

Kesihatan minda yang kurang baik boleh menyumbang kepada perilaku tidak sihat, seperti makan berlebihan, kurang bersenam, dan kebiasaan tidur yang
tidak sihat.

Jika ianya tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan peningkatan risiko masalah kesihatan lain dan juga penambahan berat badan.

Tujuan

Memberikan pengetahuan dan amalan yang baik kepada peserta untuk mengatasi masalah kesihatan minda, meningkatkan kesediaan berubah ke
arah perilaku sihat dan membina sikap positif yang dapat meningkatkan dan mencapai matlamat kesihatan secara menyeluruh.

Objektif

Objektif Intervensi Kesihatan Minda adalah seperti berikut:

  • Memberikan kefahaman kepada peserta berkenaan kesihatan minda, gaya hidup (termasuk stres) dan kesannya kepada kesihatan.
  • Memberikan kefahaman berkenaan konsep perilaku dan amalan dalam tabiat pemakanan yang tidak sihat dan kesannya kepada kesihatan.
  • Memberikan pengetahuan berkenaan kesan gula, ketagihan gula kepada minda dan kesihatan.
  • Memberikan kefahaman berkenaan isu tidur dan kesihatan.
  • Memberikan amalan yang boleh dilakukan untuk menangani stress dengan efektif.

 

Modul Intervensi

Terdapat 5 modul intervensi yang perlu dijalankan semasa program:

Modul Minda 1 – Gaya Hidup Sihat dan Kesihatan.
Modul Minda 2 – Obesiti Dari Aspek Sains.
Modul Minda 3 – Kesan Gula Kepada Tubuh Badan.
Modul Minda 4 – Pengurusan Tidur.
Modul Minda 5 – Pengurusan Stress.

Bahan Modul

Stress Management
Sleep Management
Mental Health & NCD Risks